๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐11 Februari 2026 | Rabu | Slim River
Program Jualan Agro MADANI (JAM) telah berlangsung dengan jayanya di Medan Agrobazaar Tol Lama, Slim River dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA bersama YB Puan Salina binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang.
Turut hadir YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, YBrs. Puan Azleena binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak, Encik Syahrudin bin Abdul Hamid, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muallim serta wakil-wakil agensi berkaitan.
Program Jualan Agro MADANI merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dilancarkan pada 16 April 2023 bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Program ini menawarkan produk agromakanan asas dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat melalui konsep jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.
Penganjuran di Medan Agrobazaar Tol Lama Slim River mencerminkan komitmen FAMA dalam memperkukuh rantaian pemasaran serta menstabilkan bekalan makanan tempatan melalui pewujudan pusat tumpuan pemasaran hasil pertanian setempat.
Medan Agrobazaar Tol Lama Slim River yang mula beroperasi pada Februari 2025 kini menempatkan empat usahawan tempatan dan berpotensi berkembang sebagai hab pemasaran hasil pertanian utama di peringkat daerah, selain berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan rujukan hasil tani kampung.
Dalam program sama, turut diadakan penyerahan peralatan sokongan pemasaran Projek Rebung kepada Puan Nornita binti Zainal Abidin (Kg. Ulu Sim) dan Puan Habibah binti Dahari (Kg. Rasau, Slim River). Program diteruskan dengan penyerahan bantuan Projek Lebah Madu menerusi Program Santuni MADANI Kampung Rasau kepada Encik Muhamad Ramli bin Ahmad serta penyerahan buku laporan kajian haiwan perosak kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah Muallim.
FAMA akan terus komited memperluas pelaksanaan Jualan Agro MADANI sebagai langkah proaktif memastikan bekalan makanan mencukupi, harga stabil serta kesejahteraan rakyat terjamin.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
๐FAMA Negeri PERAK – page
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#CukupDanTerjamin
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#OurFoodOurFuture
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JikaTergangguKamiAda
#TaatSetia
#HarungiBersama

