FAMA TV
Uncategorized

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐Š (๐€๐๐) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ—“ Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 9.30 pagi โ€“ 10.00 pagi

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima jemputan sebagai pembentang kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2026 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.

Seminar anjuran Jabatan Pertanian Malaysia ini dijangka menghimpunkan lebih 300 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia dan petani-petani terpilih dari seluruh negara.

Penganjuran seminar ini bertujuan menyediakan platform perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik antara pakar, industri serta pelaksana lapangan dalam memperkukuh pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (APB) di Malaysia.

Pembentangan FAMA Kertas kerja bertajuk โ€œAmalan Pertanian Baik Menjamin Kualiti, Menembusi Pasaranโ€ telah disampaikan YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.

Pembentangan ini menekankan peranan Amalan Pertanian Baik dalam menjamin kualiti hasil pertanian, meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang penembusan pasaran yang lebih luas, khususnya dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan negara.

Penglibatan FAMA dalam seminar ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong agenda sekuriti makanan negara, memperkasa petani dan memastikan penghasilan produk pertanian yang selamat, berkualiti dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž๐๐€๐™๐€๐€๐‘ ๐“๐Ž๐‹ ๐‹๐€๐Œ๐€

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š & ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐–๐€๐‘๐„๐‡๐Ž๐”๐’๐„ (๐…๐ƒ๐–)

FamaTV Systems

Leave a Comment