FAMA TV
Uncategorized

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ ๐ซ๐จ ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ ๐ซ๐จ ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“Dataran Orang Kampung, Merlimau, Melaka
๐Ÿ“… 14 Februari 2026

Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro Madani Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap ADUN Merlimau.

Turut hadir YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA serta YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka bersama barisan pengurusan dan pegawai yang lain.

Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah kepada para pengunjung. Hadiah utama berupa seekor lembu telah dimenangi oleh Puan Nurul Farhana binti Yahya dari Merlimau Pantai. Selain itu, tetamu kehormat turut melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan serta Jualan Happy Hour Kombo Madani sebagai usaha berterusan menggalakkan sokongan terhadap hasil pertanian tempatan dan memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Merlimau atas sokongan dan kehadiran yang amat memberangsangkan. Untuk makluman, karnival ini masih berbaki satu hari lagi dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program yang telah dirancang.

โ€œ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข: ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž๐๐€๐™๐€๐€๐‘ ๐“๐Ž๐‹ ๐‹๐€๐Œ๐€

FamaTV Systems

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

FamaTV Systems

Leave a Comment