๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur
๐
16 Februari 2026
KUALA LUMPUR, 16 Februari โ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan usahawan agromakanan negara menerusi pelaksanaan Program Global Export (GLOBEX) 2026 dengan sasaran 128 syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa sepanjang tahun ini.
Majlis perasmian Kursus Pemerkasaan Eksport & Keusahawanan Global Siri 1: GLOBEX United Kingdom telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Sebanyak empat siri GLOBEX dirangka bagi tahun 2026 sebagai persediaan menyeluruh untuk memperluas pasaran produk agro tempatan ke peringkat global.
Siri pertama yang memfokuskan pasaran United Kingdom (UK) menghimpunkan 32 syarikat usahawan agromakanan dari seluruh negara. Program ini memberi penekanan kepada keperluan dan prosedur eksport, pematuhan piawaian antarabangsa, pengurusan kewangan serta penilaian potensi produk bagi memastikan daya saing di pasaran luar negara.
Pelaksanaan GLOBEX dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Malaysia Export Academy, Maybank Islamic Berhad & Group Islamic Banking serta Jack Nathan Limited selaku Export Management Company (EMC) bagi pasaran UK. Kerjasama ini bukan sahaja membuka peluang promosi dan pameran antarabangsa, malah berpotensi membawa kepada pemeteraian perjanjian bekalan secara berterusan.
Sehingga kini, menerusi kolaborasi EMC, sebanyak 42 usahawan tempatan melibatkan 244 SKU telah berjaya menembusi pasaran UK termasuk produk jenama Agromas yang kini dipasarkan di Halal Oriental Market Queensway.
Tiga lagi siri GLOBEX akan dilaksanakan melibatkan pasaran Amerika Syarikat, China dan Jepun sebagai langkah memperluas capaian eksport usahawan tempatan.
Turut hadir sama Dr. Mohd Zaini bin Aris, Head of Community Financial Services Maybank Islamic Berhad & Group Islamic Banking serta Datin Sri Datuk Dr. Munirah Binti Che Rose, Regional Director of Federal Territory, Maybank Group serta barisan pegawai kanan FAMA serta wakil-wakil agensi dan rakan strategik yang terlibat dalam menjayakan program ini.
FAMA kekal komited memperkasa keupayaan eksport usahawan agromakanan melalui sokongan menyeluruh, fasilitasi pembiayaan, pematuhan piawaian serta pengukuhan rangkaian pemasaran global demi memastikan produk Malaysia terus berdaya saing di persada antarabangsa.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
Galakan Pasaran Luar Negara FAMA
Pendidikan Pemasaran FAMA
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#keterjaminanmakanan
#OurFoodOurFuture
#MalaysiaMadani
#GoGlobal2026

