๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ญ๐ฌ ๐ ๐ฎ๐ฐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐ช๐ถ๐๐บ๐ฎ ๐ง๐ฎ๐ป๐ถ, ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menghadiri Majlis Perjumpaan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sempena Ramadan 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Wisma Tani.
FAMA telah diwakili oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, bersama pegawai kanan FAMA Ibu Pejabat.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang turut menyampaikan tazkirah Ramadan serta menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf sebagai sebahagian daripada inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia.
Program turut diisi dengan bacaan zikir dan selawat sebelum para hadirin bersama-sama berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dalam suasana penuh keberkatan, sekali gus memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KPKM dan agensi di bawahnya.
โ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

