FAMA TV
Uncategorized

๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“17 Mac 2026 | Pasar Tani Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melancarkan Program Semarak Syawal Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 1447H bagi membantu orang ramai membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian, hasil pertanian segar serta produk makanan pada harga berpatutan.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, ADUN Ampangan, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Turut hadir Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA bersama kepimpinan negeri serta pengurusan kanan FAMA.

Program yang berlangsung dari 14 hingga 20 Mac 2026 ini melibatkan 258 lokasi Pasar Tani di seluruh negara dan dijangka menjana nilai jualan keseluruhan sebanyak RM40 juta sepanjang tempoh penganjurannya.

Antara tarikan utama adalah tawaran Kombo Agro MADANI serendah RM10, selain promosi Happy Hour dan pelbagai jualan barangan segar pada harga istimewa bagi membantu pengguna berjimat menjelang musim perayaan.

Selain itu, pelbagai Kombo Aidilfitri produk Agromas turut ditawarkan bagi memudahkan pengguna membuat persiapan juadah Hari Raya dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen FAMA dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan serta membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan, di samping menyokong usahawan agromakanan dalam meningkatkan jualan dan memperluaskan pasaran.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk gimik pelancaran, penyampaian sumbangan serta lawatan ke gerai usahawan Pasar Tani.

โ€œ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#famadihatirakyatAgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture
#SyawalFAMA

Popular

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal

FamaTV Systems

Majlis Ramah Mesra dan Iftar Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi FAMA 2026

FamaTV Systems

Program Ihya Ramadan FAMA 2026M | 1447H

FamaTV Systems

Leave a Comment