DOKUMENTARI PERTANIAN MERENTAS SEMPADAN
Demi kelestarian sumber makanan untuk rakyat. Kerajaan menerusi FAMA menjalankan operasi belian kelapa dari Pulau Papabag dalam gugusan pulau di semporna yang berada di lingkungan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk meneruskan penyampaian perkhidmatan sampai ke golongan sasar tidak kira jauh mana mereka berada. Aktiviti ini diadakan setiap dua minggu sekali untuk hantaran ke Semenanjung menggunakan kontena hantaran laut.
Seramai 36 orang petani daripada Pulau ‘Pababag Semporna’ mendapat manfaat daripada perkhidmatan pemasaran hasil tani kelapa ini. Pembelian dibawa menggunakan perahu yang mengambil masa 30 hingga 40 minit ke lokasi pemunggahan. Pemunggahan kelapa dilakukan oleh peserta Ladang Kontrak di Jambatan Kampung Lihak-Lihak Semporna Sabah.
Operasi belian kelapa dari Pulau Papabag ini contoh terbaik usaha kerajaan menerusi FAMA bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber makanan yang berkualiti dan terbaik. Kesungguhan para petani dan pemasar di luar bandar inilah sebenarnya wira yang tidak didendang dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan tidak pernah putus.
Segala jerih perih dan kesungguhan pekerja yang menggunakan bot untuk membawa kelapa ini seharusnya membuka mata semua pihak dalam menghargai usaha mereka selama ini.