FAMA TV
Uncategorized

SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA SEKRETARIAT PRBBP KEPADA KETUA PENGARAH FAMA

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ π’π„πŠπ‘π„π“π€π‘πˆπ€π“ 𝐏𝐑𝐁𝐁𝐏 πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π…π€πŒπ€

πŸ“… 16 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 9.30 pagi
πŸ“ Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Aras 4, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Mohamad Fauzi bin Md. Isa, Ketua Sekretariat Pejabat Penyelaras Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan (PRBBP), bersama delegasi beliau.

Sesi kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan); YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi); serta pengarah kanan dan pegawai FAMA.

Turut hadir daripada pihak PRBBP ialah Encik Mohamad Suhaimi bin Samsudin, Pegawai Khas; Puan Nur Fitrah binti Mohd Zaidi, Pegawai Eksekutif; dan Puan Mariana binti Man, Pembantu Tadbir. Hadir mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ialah Puan Hidayatul Shuhaida binti Kamar, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Pertemuan ini menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai peranan, pencapaian, cabaran dan hala tuju strategik FAMA, khususnya dalam memperkukuh sistem pemasaran agromakanan serta menghubungkan pengeluar dengan pasaran.

Perbincangan turut membuka ruang pertukaran pandangan berkaitan usaha rasionalisasi badan berkanun, penambahbaikan tadbir urus, pengoptimuman sumber dan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan demi kepentingan rakyat serta keterjaminan makanan negara.

FAMA komited untuk terus memperkukuh keupayaan organisasi dan amalan tadbir urus yang baik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan selaras dengan keperluan semasa sektor agromakanan negara.

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#PRBBP

Popular

Rangkuman Sukan Madani KPKM 2026

FamaTV Systems

Montaj Jualan Agro Madani Mega Pulau Pinang

FamaTV Systems

Majlis Apresiasi MAHA 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment