FAMA TV
Uncategorized

Majlis Apresiasi MAHA 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

📆 15 Oktober 2026 (Khamis)
⏱ïļ 2.30 petang – 5.00 petang
📍 Marriott Hotel, Putrajaya

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menghadiri Majlis Apresiasi MAHA 2026 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sebelum dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Penganjuran majlis ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak dalam menjayakan MAHA 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026.

Turut hadir mewakili FAMA adalah YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) dan YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi), bersama barisan pengurusan kanan serta petugas FAMA yang terlibat dalam MAHA 2026.

Penglibatan FAMA dalam MAHA 2026 mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa usahawan, memperluas peluang pemasaran hasil pertanian tempatan serta memperkukuh kerjasama strategik bagi menyokong pembangunan sektor agromakanan negara.

FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPKM dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan MAHA 2026. Semoga kerjasama erat ini terus diperkukuh demi kemajuan sektor agromakanan negara yang mampan dan berdaya saing.

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#PPAN

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐔𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐑𝐎𝐊𝐀𝐒𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

FAMA Sana Sini Siri 3 2026

FamaTV Systems

Logo FAMA dalam Bahasa Isyarat Tersendiri

FamaTV Systems

Leave a Comment