ððððððð ðððððððð ðððððððð, ðððððððð ðð ð
ððð
ð
7 Oktober 2026 (Rabu)
â° 12.00 tengah hari
ð Bilik Mesyuarat SISDA, Tingkat 4, FAMA Point
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan delegasi SEMMARIS, Perancis, pengurus Pasaran Borong Rungis, bersempena persediaan lawatan rasmi Presiden Perancis ke Malaysia pada November 2026.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Noorsham bin Ramly, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Antarabangsa FAMA, bersama Pengurusan Tertinggi FAMA serta delegasi Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Delegasi SEMMARIS diketuai oleh Mr. Bertrand Ambroise, Head of International Affairs dan Mr. Frederic Giraudet, Experience Managing Partner, Ergapolis.
Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pemodenan dan pengurusan pasaran borong agromakanan, termasuk perkongsian kepakaran, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan pasaran borong moden.
Selain itu, sesi turut membincangkan aspek penyelarasan dan persediaan bersama KPKM serta agensi berkaitan bagi menyokong kelancaran agenda kerjasama sempena lawatan rasmi Delegasi Presiden Perancis ke Malaysia.
Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen FAMA dalam meneroka peluang perkongsian kepakaran antarabangsa serta memperkukuh ekosistem pemasaran agromakanan negara ke arah sistem agihan yang lebih cekap, moden, berdaya saing dan berdaya tahan.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#AgroMADANI
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#SEMMARIS See less

