FAMA TV
Promosi

Iklan Pelupusan Kenderaan FAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman pelanggan-pelanggan yang dihormati, sukacita dimaklumkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempelawa syarikat dan individu yang berminat menyertai sebutharga pelupusan kenderaan FAMA tahun 2021.

Sebanyak 33 buah kenderaan terdiri daripada motosikal, kereta dan lori dari pelbagai jenis model akan dilupuskan.

Kenderaan boleh dilihat pada 8 Mac 2021 (lsnin) hingga 15 Mac 2021 (lsnin) hari bekerja di antara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di lokasi yang berkaitan.

Lokasi dan jumlah kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut :
• Pejabat FAMA Negeri Perak :- 7 unit kenderaan
• Ibu Pejabat FAMA :- 6 unit kenderaan
• Pejabat FAMA Negeri Melaka :- 3 unit kenderaan
• Pejabat FAMA Negeri Kelantan :- 4 unit kenderaan
• Pejabat FAMA Negeri Terengganu :- 8 unit kenderaan
• Pejabat FAMA Negeri Kedah :- 5 unit kenderaan

Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 28) yang boleh didapati secara percuma pada waktu pejabat di lbu Pejabat FAMA, Pejabat FAMA Negeri yang berkaitan dan laman web FAMA di alamat http://www.fama.gov.my

Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Butir-butir lanjut boleh didapati melalui No. Telefon 03-61262020 sambungan Unit Logistik.

Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri (gam) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di FAMA Negeri yang berkaitan.

Tarikh tutup sebutharga pada 15 Mac 2021 (lsnin) jam 12.00 tengahari.
Sila ambil perhatian : Sebutharga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat berkenaan sebutharga pelupusan kenderaan ini, sila layari http://www.fama.gov.my/pengumuman-sebutharga-terkini

Popular

Pasar Tani

FamaTV Systems

Khasiat Buah-Buahan Tempatan

FamaTV Systems

Agro Bazaar Online

FamaTV Systems

Leave a Comment