16 Julai 2022 | Sabtu | Dataran Gedong, Sarawak | Majlis Pelancaran Road To MAHA 2022 dan Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM). Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Turut hadir ke program ini, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, lndustri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) dan YBhg. Dato’ Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan).