FAMA TV
Berita

Sedetik Bersama, Selamanya Terasa

MAJLIS SEDETIK BERSAMA SELAMANYA TERASA BERSEMPENA PERSARAAN YBHG. DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN YANG RAZALLI, KETUA PENGARAH FAMA

12 Mac 2023 (Ahad)
10. 30 pagi
Dewan Serai Wangi, RTC FAMA Kelantan.
Pejabat FAMA Negeri Kelantan

Majlis dimulakan dengan alunan selawat nabi yang menyambut ketibaan YBhg. Dato Zainal Abidin Bin Yang Razalli di ikut bacaan Surah Yasin, dan doa yang dipimpin oleh Tuan Mohd Azrizal bin Aziz Akauntan Kanan, FAMA Negeri Kelantan.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan kepada Ketua Pengarah FAMA oleh YBrs. Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan persaraan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA yang bakal bersara (60 tahun) pada 13 Mac 2023 setelah mencurahkan bakti dan sumbangan kepada FAMA selama 34 tahun 11 bulan.

Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli juga turut melancarkan Sistem Solar Tenaga Baharu yang julung kali dibina di FAMA Kelantan ini hasil cetusan idea beliau.

Selain itu juga, YBhg Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli juga turut melancarkan Tabung Wakaf Sumbangan Tunai Naik Taraf Surau RTC FAMA Kelantan dan beliau menjadi penyumbang pertama ke dalam tabung wakaf sumbangan tunai tersebut.

FAMA ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ atas jasa dan khidmat bakti selama ini. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dijayakan dan persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti disini malah akan terus berkekalan.

Selamat menikmati alam persaraan dan selamat maju jaya.

KESEIMBANGAN LUARAN DAN DALAMAN

#famadihatirakyat

Popular

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

FamaTV Systems

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

FamaTV Systems

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 (KPKM) 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀

FamaTV Systems

Leave a Comment