FAMA TV
Uncategorized

PROGRAM SEMARAK KASIH AIDILFITRI FAMA BERSAMA USAHAWAN 2023

PROGRAM SEMARAK KASIH AIDILFITRI FAMA BERSAMA USAHAWAN 2023
15 Mei 2023 (Isnin)
Perkarangan Ibu Pejabat FAMA
Seramai 30 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah, Jalan Gurney diraikan pada hari ini pada Program Semarak Kasih Aidilfitri FAMA Bersama Usahawan 2023 di perkarangan Ibu Pejabat FAMA di Selayang.
Program ini bertujuan bagi meraikan para usahawan bimbingan FAMA dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh FAMA dalam membantu ketersediaan bekalan makanan menerusi outlet-outlet FAMA serta meraikan bulan Syawal 1444 hijrah.
Pengurusan tertinggi dan seluruh wargakerja FAMA turut meraikan kehadiran Pengerusi FAMA yang baharu iaitu Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli yang berkuatkuasa pada hari ini.
Turut hadir, Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA dan Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#aidilfitri2023
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Karnival Jualan Agro Madani di PTKM Palong 4,5,6, Jempol, Negeri Sembilan

FamaTV Systems

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM Ke FAMA

FamaTV Systems

Jualan Agro Madani Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gombak

FamaTV Systems

Leave a Comment