FAMA TV
Berita

Jualan Agro Madani Edisi Terengganu 1

MAJLIS PERASMIAN JUALAN AGRO MADANI EDISI TERENNGANU
25 Oktober 2024 (Jumaat)
8.00 Pagi
Ibu Pejabat FAMA
Penganjuran Jualan Agro MADANI adalah penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM menerusi FAMA, LPP dan LKIM diseluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah pada harga berpatutan kepada penguna melalui pengurangan lapisan perantara pasaran dengan penjimatan 10%-30% barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, minyak masak untuk barangan keperluan asas.
Kelainan pada edisi kali ini adalah jualan promosi produk negeri Terengganu seperti Melon Manis, Duku, Dokong, dan aneka makanan popular Terengganu – Nasi Dagang, Keropok Lekor, Roti Paung, Ikan Celup Tepung. Terdapat juga jualan promosi jualan Kacang Bulu/Edamame, Kombo MADANI, Beras Putih Tempatan dan banyak lagi.
Turut diadakan gimik sambutan Ulang Tahun FAMA ke 59 tahun.
Perasmian Program Jualan Agro MADANI Edisi Terengganu @ Ibu Pejabat FAMA 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA yang turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBhg. Datin Seri Noor Laili binti Hamzah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPKM dan YBrs. Puan Salina binti Nawi, Pengerusi PUSPANITA FAMA.
Beliau telah membuat walkabout di sekitar tapak program dan menyantuni peniaga sambil beramah mesra bersama pengunjung. Beliau juga berkesempatan menyertai aktiviti mencanting batik yang diadakan di Lobi FAMA Point.
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMA59Tahun

Popular

MESYUARAT KERJASAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN DAN FAMA

FamaTV Systems

LAWATAN KERJA PENGERUSI FAMA KE JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

FamaTV Systems

Sesi Walkabout Ketua Pengarah FAMA ke SIE 2024 di KLCC

FamaTV Systems

Leave a Comment