FAMA TV
Uncategorized

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KPKM KE RTC FAMA KELANTAN

11 MAC 2025 | SELASA | LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KPKM KE RTC FAMA KELANTAN

YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), telah mengadakan lawatan kerja ke RTC FAMA Kelantan.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha KPKM dan FAMA dalam melaksanakan program “flagship” di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang bertujuan mereformasi pasar borong di seluruh negara berdasarkan Model Talaad Thai.

Sepanjang lawatan ini, YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak meneliti secara lebih dekat operasi pemborongan dan pemasaran hasil pertanian di kompleks RTC Kelantan. Lawatan ini juga memberi gambaran menyeluruh tentang rantaian bekalan makanan, bermula dari peringkat pemborong hingga ke peruncit dalam memastikan bekalan makanan berkualiti dapat sampai kepada pengguna dengan lebih efisien.

Turut sama hadir dalam lawatan ini YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Wan Faizatul Aniza Binti Ismayatim, Pengarah FAMA Negeri Kelantan, serta pegawai-pegawai dari FAMA Ibu Pejabat.

Lawatan ini membuktikan komitmen berterusan FAMA dan KPKM dalam memperkukuh sistem pemasaran agromakanan negara, selaras dengan matlamat memastikan keterjaminan makanan dan kelestarian sektor pertanian di Malaysia.

“ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment