FAMA TV
Uncategorized

Bengkel Blueprint Transformasi FAMA: Memacu Organisasi Berasaskan Data Dan Teknologi

Bengkel Blueprint Transformasi FAMA: Memacu Organisasi Berasaskan Data Dan Teknologi

FAMA terus memperkukuh agenda transformasi organisasi melalui pelaksanaan Bengkel Blueprint Transformasi FAMA yang berlangsung pada 23 hingga 25 September 2026 di Moxy Hotel, Putrajaya.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi), serta pengurusan kanan.

Blueprint Transformasi FAMA merupakan satu kajian strategik bagi menetapkan hala tuju transformasi FAMA secara lebih tersusun, berasaskan data serta memberi impak yang boleh diukur kepada prestasi organisasi dan ekonomi negara.

Antara fokus utama yang dibangunkan meliputi pengukuran sumbangan FAMA kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahap kematangan dan kompetensi digital warga FAMA, kerangka penilaian pelaburan digital serta roadmap transformasi ke arah organisasi yang lebih data-driven dan berasaskan Enterprise Architecture (EA).

Bengkel ini turut menjadi platform bagi meneliti dan mengesahkan dapatan serta cadangan yang dikemukakan oleh USains menerusi Laporan Interim agar setiap indikator, model, sasaran dan roadmap yang dibangunkan benar-benar praktikal, relevan serta selaras dengan keperluan operasi dan hala tuju FAMA.

Hasil Blueprint ini kelak akan menjadi panduan penting dalam memperkukuh keupayaan FAMA untuk bergerak sebagai sebuah organisasi yang lebih strategik, responsif, berteknologi dan berorientasikan impak.

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 (𝐉𝐓𝐅𝐈) 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌A

FamaTV Systems

Program Semarak Tani @ Jualan Agro Madani Di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru Melaka

FamaTV Systems

Leave a Comment