ððððððð ððððððð ðððð @ ðððððð ðððð ðððððð ðð ððð(ð) ððð ðððð, ððððð ðððð
ð
Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
ð Tempat: SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru, Melaka
Program Semarak Tani @ Jualan Agro MADANI di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru, Melaka berlangsung dengan meriah menerusi pelbagai aktiviti jualan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Program ini turut menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan hasil pertanian dan produk agromakanan pada harga berpatutan.
Program ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan; YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA; YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA; serta YBrs. Ts. Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Selain menawarkan pelbagai produk agromakanan, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pertandingan dam aji, persembahan tarian naga dan jamuan rakyat. Pengisian ini bukan sahaja memeriahkan suasana program, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperluas akses pasaran bagi hasil pertanian tempatan, membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta memperkukuh pemasaran produk agromakanan. Pada masa yang sama, program ini turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyokong produk tempatan dan usahawan yang terlibat dalam rantaian pemasaran agromakanan negara.
Usaha seumpama ini diharap dapat terus memberi manfaat kepada pengguna, usahawan dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi memperkasa sektor agromakanan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

