FAMA TV
Uncategorized

Jualan Agro Madani Edisi Negeri Kelantan 2026 – Pasar Klate

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐋𝐀𝐓𝐄
📅 Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 7.30 pagi hingga 3.00 petang
📍 Tempat: Pekarangan Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang
“𝙍𝙖ð™Ļð™Ī ð™†ð™Ąð™–ð™Đ𝙚, 𝙅𝙞𝙎ð™Ī 𝙆𝙞ð™Đð™Ī, 𝙒𝙖𝙧𝙞ð™Ļ𝙖ð™Ģ 𝙎𝙚ð™Ĩ𝙖ð™Ģ𝙟𝙖ð™Ģ𝙜 𝙕𝙖ð™Ē𝙖ð™Ģ!”
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan Program Jualan Agro MADANI (JAM) Ibu Pejabat Edisi Negeri Kelantan 2026 bertemakan Pasar Klate bagi mengetengahkan keunikan budaya, makanan dan tradisi negeri Kelantan menerusi kepelbagaian hasil agro, produk usahawan tempatan serta juadah tradisional yang menjadi warisan kebanggaan negeri tersebut.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), bersama YBrs. Encik Faisal Iswadi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.
Turut hadir sama YBrs. Puan Hazliza binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara; YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan); YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan); YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi); YBrs. Encik Muhamad Razis bin Samsu, Pengarah FAMA Negeri Kelantan; serta YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Galakan Pasaran dan Kepenggunaan.
Pelbagai tawaran menarik disediakan kepada pengunjung, termasuk Kombo MADANI Set Ayam Kerutuk pada harga RM10 dan jualan Happy Hour serendah RM5 bagi setiap set. Turut ditawarkan ialah ayam segar pada harga RM10 seekor, daging segar RM25 sekilogram, telur ayam Gred B RM10 setalam, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, produk Agromas serta minuman Kopiesatu pada harga promosi.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai juadah tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, akok, kuih-muih tradisional dan satar, selain menikmati hasil tempatan seperti duku, dokong dan jagung Paloh. Kemeriahan program turut diserikan dengan persembahan dikir selamat datang, gimik perasmian, demonstrasi kuih tradisional, ujirasa masakan tradisi serta persembahan wayang kulit yang mengetengahkan keunikan seni dan budaya Kelantan.
Penganjuran Jualan Agro MADANI merupakan antara usaha FAMA untuk memperluas akses pengguna kepada produk agromakanan pada harga berpatutan, di samping menyediakan peluang pasaran tambahan kepada petani, pengeluar dan usahawan agro tempatan melalui konsep jualan terus kepada pengguna. Inisiatif ini turut menyokong usaha meringankan kos sara hidup rakyat serta menggalakkan masyarakat memilih dan menyokong produk keluaran tempatan.
Jumpa lagi dalam Jualan Agro MADANI Edisi Negeri yang seterusnya! Nantikan kemeriahan dan pelbagai tawaran menarik dalam edisi akan datang bersama FAMA.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA SEKRETARIAT PRBBP KEPADA KETUA PENGARAH FAMA

FamaTV Systems

Rangkuman Sukan Madani KPKM 2026

FamaTV Systems

Montaj Jualan Agro Madani Mega Pulau Pinang

FamaTV Systems

Leave a Comment