3 November 2026 (Selasa)
FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jaman Tory Food Industry (JTFI) yang diketuai oleh Encik Atta bin Ahmad, Pengarah JTFI Sdn. Bhd., dan disambut oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.
Turut hadir YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, bersama barisan pengurusan kanan serta pegawai FAMA.
Pertemuan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak, di samping membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan pertukaran maklumat berkaitan bidang kepakaran masing-masing.
Semoga kunjungan ini menjadi asas kepada penerokaan peluang kerjasama strategik pada masa hadapan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negara.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#JamanToryFoodIndustry

