3 November 2026 (Selasa)
FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pengurusan Air Selangor yang diketuai oleh Encik Mohd Yunus bin Othman, Head of Department, Customer Experience, ke atas YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA.
Turut hadir mewakili FAMA adalah Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah Kanan (Dasar dan Perancangan Strategik); Encik Noor Affandie bin Ismail, Pengarah Kanan (Kejuruteraan); serta Encik Muhd Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Bahagian (Korporat dan Advokasi), bersama barisan pegawai FAMA.
Delegasi Pengurusan Air Selangor turut disertai oleh Dr. Priscilla Priya Alfred, Vice President I, Customer Experience; Puan Norlelawati binti Samian, Assistant Vice President I, Customer Experience; serta wakil pengurusan dan pegawai berkaitan.
Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi, di samping membuka ruang kepada perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan berkaitan fungsi, peranan serta pengalaman dalam bidang pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.
Pertemuan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pendekatan dan amalan kerja masing-masing, sekali gus memperkukuh hubungan profesional serta meneroka ruang kerjasama yang bersesuaian pada masa hadapan.
Semoga jalinan hubungan ini terus diperkukuh melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman demi meningkatkan kecekapan organisasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

