FAMA TV
Uncategorized

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang FAMA 2023

274 WARGA FAMA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & JASAMU DIKENANG FAMA TAHUN 2023

1 Mac 2022 (Rabu)
9.30 pagi
Institut Latihan FAMA Port Dickson,
Negeri Sembilan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2023 di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan

Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (KPKM).

Majlis ini diadakan bagi menghargai pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai dan majlis ini juga mampu menggalakkan lagi penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti.

Pada tahun ini, jumlah keseluruhan penerima APC dan Jasamu Dikenang adalah seramai 274 penerima untuk APC, Kakitangan Bersara, Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Khas.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima!

#famadihatirakyat

Popular

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐫𝐨 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

Leave a Comment