FAMA TV
Uncategorized

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri KPKM Ke Negeri Melaka

1 Februari 2024 (Khamis)
Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Ke Negeri Melaka

Hannah Food & Beverages:-
Pada hari ini lawatan kerja ke Negeri Melaka, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup meluangkan masa melawat perusahaan makanan, Hannah Food & Beverages di Ayer Keroh.

Syarikat ini mengusahakan produk roti kering pelbagai perisa seperti bawang putih keju, dalgona & karamel mentega. Selain dari jualan runcit di kedai, pasaraya dan stesen minyak, produk ini turut mendapat permintaan tinggi secara dalam talian melalui portal Agrobazaar Online.

Lawatan ini diiringi oleh YBrs Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

Jambu Lohan:-
Sesi lawatan Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup diteruskan lagi dengan melawat ladang Jambu Batu Lohan Melaka, Peng Yu Farm di Pulau Gadong.

Ladang ini menghasilkan Jambu Batu Lohan GU16 atau lebih dikenali dengan Jambu Melaka. Dengan keluasan ladang seluas 4 hektar, jumlah pengeluaran mingguan boleh mencecah sehingga 1.8 metrik tan seminggu. Produk ini telah dikategorikan sebagai π™¨π™žπ™œπ™£π™–π™©π™ͺπ™§π™š π™₯𝙧𝙀𝙙π™ͺπ™˜π™© Negeri Melaka.

Lawatan ini diiringi oleh YBrs Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, YBrs Encik Azhar bin Jamaludin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

Kunjung hormat:-
Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka sempena lawatan beliau ke Melaka.

Turut mengiringi adalah Yang Berhormat Tuan Low Chee Leong, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs Encik Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

“πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ & πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π”
πŸ”Laman Sosial FAMA Melaka
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Kunjungan Hormat YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor 2024

FamaTV Systems

Bengkel Amalan Pemasaran Baik Regerative Agriculture Komoditi Soya Non-GMO Dalam Negara

FamaTV Systems

Leave a Comment