FAMA TV
Uncategorized

PROGRAM JELAJAH SENTUHAN KASIH @ BENTONG PAHANG

FAMA LUASKAN KHIDMAT PEMASARAN HINGGA DI BALIK TIRAI BESI & SANTUNI WARGA ORANG ASLI SEMPENA RAMADAN
FAMA terus memperluaskan peranannya dalam membantu komuniti yang terlibat dalam sektor pertanian, termasuk di institusi pemulihan. Hari ini, Pengarah FAMA Negeri Pahang, Puan Rashiha Mamat bersama pasukan pegawainya telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Bentong bagi meninjau aktiviti pertanian yang dijalankan oleh komuniti di sana.
Sebagai sokongan kepada usaha ini, FAMA telah menyerahkan peralatan pemasaran kepada lima ketua projek tanaman, termasuk kanopi, kereta sorong, dan bakul pemasaran. Sumbangan ini diharapkan dapat memperkemaskan lagi sistem pemasaran hasil pertanian di sini, sekali gus membantu meningkatkan keberkesanan program pemulihan yang dilaksanakan. Bulan Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang untuk menyemai keprihatinan dan membantu mereka yang memerlukan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, FAMA meneruskan komitmennya dalam Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan, dan pada tahun ini, Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah dipilih sebagai lokasi program. Seramai 38 ketua isi rumah (KIR) beragama Islam menerima kit bantuan khas daripada FAMA, yang disampaikan oleh YB Puan Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong merangkap Ahli Lembaga Pengarah FAMA.

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐔𝐑𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐑𝐎𝐊𝐀𝐒𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

FAMA Sana Sini Siri 3 2026

FamaTV Systems

Logo FAMA dalam Bahasa Isyarat Tersendiri

FamaTV Systems

Leave a Comment