FAMA TV
Uncategorized

Lawatan Kerja Pengerusi Dan Pengurusan Tertinggi (FAMA) Ke Pasar Borong Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengerusi Dan Pengurusan Tertinggi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ke Pasar Borong Kuala Lumpur | 23 Julai 2025

FAMA telah mengadakan lawatan kerja ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) bagi meninjau operasi serta meneroka peluang kerjasama strategik. Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Aminudddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.

Turut hadir YBrs. En. Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. En. Shahrizan B in Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, serta pegawai FAMA.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat dan memahami secara menyeluruh ekosistem pengurusan PBKL serta meneroka peluang kerjasama strategik antara FAMA dan PBKL, khususnya dalam aspek pengukuhan sekuriti makanan negara.

FAMA komited untuk terus menjadi penghubung utama antara pengeluar dan pasaran. FAMA akan terus memperkukuh jaringan pemasaran demi menjamin sekuriti makanan negara dan kelangsungan bekalan yang mampan buat rakyat Malaysia.

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia

#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#famadihatirakyat

Popular

MakTon Sambal Garing & Serunding Herba Usahawan FAMA

FamaTV Systems

Siti Suhana Bauhulu Sendeng & Popcorn

FamaTV Systems

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

FamaTV Systems

Leave a Comment