๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ โ
๐
29 Januari 2026 (Khamis)
โฐ 8.30 malam
๐ Dataran Senawang, Negeri Sembilan
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Jenama kopi tempatan KOPIESATU, milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), terus mengorak langkah ke hadapan menerusi pembukaan Outlet Usahawan KOPIESATU Secara Pelesenan di Dataran Senawang, sekali gus memperkukuh pembangunan industri kopi tempatan yang mampan dan berdaya saing di Negeri Sembilan.
Majlis perasmian outlet ini telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
KOPIESATU merupakan jenama kopi tempatan milik FAMA yang telah berada di pasaran sejak tahun 2001 dan berperanan memberi suntikan inovasi kepada industri kopi tempatan, bermula dari peringkat pemprosesan, pemasaran hingga kepada pengguna akhir. Inisiatif ini turut menyediakan platform perniagaan kepada usahawan melalui model perniagaan pelesenan yang tersusun, mampan dan berdaya saing.
Sehingga kini, sebanyak empat (4) outlet KOPIESATU telah beroperasi di Negeri Sembilan, sekali gus membuktikan penerimaan positif pasaran serta potensi besar jenama kopi tempatan untuk terus berkembang di peringkat negeri.
๐ OUTLET KOPIESATU DI NEGERI SEMBILAN
* Kafeteria KOPIESATU ILF Port Dickson
* Outlet KOPIESATU Petron Jalan Rasah, Seremban
* Outlet KOPIESATU Dataran Senawang
* Outlet KOPIESATU Terminal 1, Seremban (Akan Dibuka)
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datoโ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses FAMA, Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, Pengarah FAMA Negeri Sembilan serta pegawai-pegawai FAMA dari Ibu Pejabat dan Negeri Sembilan sebagai tanda sokongan padu terhadap pembangunan usahawan tempatan.
Pembukaan outlet ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkasa usahawan tempatan serta mempromosikan kopi jenama Malaysia yang berkualiti tinggi kepada masyarakat.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kopiesatu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#Kopiesatu

