FAMA TV
Uncategorized

KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI @ PASAR TANI KEKAL PUTRAJAYA

KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI @ PASAR TANI KEKAL PUTRAJAYA

๐Ÿ“… 6 Februari 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Pasar Tani Kekal Putrajaya

Karnival Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal Putrajaya berlangsung meriah selama tiga hari dengan menghimpunkan pelbagai inisiatif jualan agro, aktiviti komuniti serta program penjimatan rakyat di bawah satu platform bersepadu.

Penganjuran karnival ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Jualan Agro MADANI, iaitu penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA, dengan kerjasama agensi di bawah KPKM termasuk LPP dan LKIM.
Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Program ini bertujuan membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan menyediakan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan melalui konsep jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna, sekali gus menyokong pendapatan usahawan dan petani tempatan.
Sepanjang penganjuran, pengunjung ditawarkan pelbagai inisiatif menarik seperti Kombo MADANI, Jualan Happy Hour, jualan produk segar dan industri asas tani, florikultur, demonstrasi masakan, persembahan artis tempatan serta aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.

Karnival ini menyasarkan kehadiran seramai 25,000 pengunjung dengan potensi nilai jualan sehingga RM500,000, selari dengan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara secara mampan dan inklusif.

Turut hadir sama memeriahkan program YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Institusi Pasaran serta YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Galakan Pasaran dan Kepenggunaan serta pegawai-pegawai FAMA dari Ibu Pejabat dan negeri.

FAMA akan terus komited memperluas pelaksanaan Karnival Jualan Agro MADANI ke seluruh negara sebagai langkah proaktif menstabilkan harga barangan, memperkasakan rantaian bekalan serta menjamin kesejahteraan rakyat.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Popular

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI NEGERI PAHANG 2026

FamaTV Systems

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐€๐ ๐ซ๐จ ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

FamaTV Systems

Leave a Comment