ððððððð ððððððð ðððððððð ðð ðððð ððð. ððð. ððð ððððððððððð ððððððððð ððððððððð
ð
13 Jun 2026
ð Pandamaran, Port Klang, Selangor
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan lawatan industri ke MAPC Sdn. Bhd. sebagai sebahagian usaha memperkukuh kerjasama strategik dengan pemain industri serta meninjau amalan terbaik dalam pengurusan rantaian bekalan eksport hasil agromakanan negara.
Lawatan ini memberi peluang kepada FAMA untuk melihat dengan lebih dekat proses pengendalian eksport durian ke pasaran antarabangsa, termasuk pematuhan terhadap pensijilan Malaysia Good Agricultural Practices (MyGAP) serta pelaksanaan aspek Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) yang menjadi antara keperluan utama dalam memenuhi standard pasaran eksport, khususnya China.
Selain sesi perkongsian industri, perbincangan turut memberi tumpuan kepada pembangunan Sistem Jejak GPL yang dirancang untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13). Inisiatif pendigitalan ini dijangka dapat memperkukuh aspek kebolehkesanan (traceability), ketelusan dan integriti rantaian bekalan produk pertanian negara, sekali gus meningkatkan keyakinan pasaran terhadap produk agromakanan Malaysia.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir ialah Chen Jian, Presiden Persatuan Pengeksport Durian Malaysia, Encik Noorsham Ramly, Pengarah Kanan Pasaran Antarabangsa FAMA, Encik Sarman bin Sidno, Pengarah Kanan Pemasaran Segar dan Intervensi FAMA, serta pegawai-pegawai kanan FAMA yang terlibat dalam pembangunan pasaran dan pengukuhan rantaian eksport agromakanan negara.
FAMA percaya kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta merupakan pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem pemasaran agromakanan negara. Pendekatan strategik ini bukan sahaja membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada pengeluar tempatan, malah membantu meningkatkan nilai eksport serta memperkukuh daya saing produk Malaysia di peringkat global.
FAMA akan terus memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama pemain industri bagi memastikan hasil pertanian tempatan mendapat akses pasaran yang lebih luas, bernilai tinggi dan mampan demi manfaat petani, usahawan serta ekonomi negara.
âððððððððð & ððððððððððð: ðððððð ððððððððâ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMADiHatiRakyat
#AgroMADANI
#EksportAgromakanan
#MyGAP
#JejakGPL

