FAMA TV
Uncategorized

Pesta Jualan Buah-Buahan Bermusim @ AEON Mall AU2 Setiawangsa

๐๐„๐’๐“๐€ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐๐”๐€๐‡-๐๐”๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ @ ๐€๐„๐Ž๐ ๐Œ๐€๐‹๐‹ ๐€๐”๐Ÿ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐–๐€๐๐†๐’๐€

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜)
๐Ÿ“ ๐—”๐—˜๐—ข๐—ก ๐— ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—”๐—จ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh usaha memasarkan hasil agromakanan tempatan menerusi penganjuran Pesta Jualan Buah-Buahan Bermusim @ AEON Mall AU2 Setiawangsa. Program ini menjadi platform strategik bagi menghubungkan usahawan dan pengeluar dengan pengguna, di samping memperluaskan akses pasaran serta menggalakkan pembelian hasil pertanian tempatan.

Pesta jualan ini menghimpunkan pelbagai pilihan buah-buahan bermusim, sayur-sayuran segar, produk agromakanan, florikultur, produk hiliran serta daging lembu tempatan yang ditawarkan pada harga berpatutan. Sebanyak 30 tan metrik buah-buahan dan sayur-sayuran dibawa oleh usahawan yang terlibat dengan anggaran nilai jualan keseluruhan mencecah RM200,000, melibatkan penyertaan 20 lot usahawan dengan lebih 150 jenis produk.

Penganjuran program ini turut menyokong Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan dan Kempen Lebihkan Makan Daging Lembu Tempatan sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memilih hasil keluaran tempatan, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan agromakanan negara.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Encik Sarman bin Sadno, Pengarah Kanan Pemasaran Segar & Intervensi FAMA, Encik Ramli bin Mat Sani, Pengarah Pemasaran Segar & Intervensi FAMA,Tuan Haji Isa bin Haji Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Puan Munirah Azmi, Ketua Pegawai Operasi (COO), AEON Co. (M) Bhd, Puan Nikki Lee, Pemangku Pengurus Besar Pemasaran Pusat Beli-belah AEON MALL Malaysia, bersama barisan pengurusan AEON Mall AU2 Setiawangsa, pegawai-pegawai FAMA serta usahawan yang mengambil bahagian.

Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan pelbagai pilihan buah-buahan bermusim serta produk agromakanan tempatan yang segar, berkualiti dan berpatutan sepanjang pesta jualan ini berlangsung.

๐Ÿ“…26 โ€“ 28 Jun 2026 (Jumaat โ€“ Ahad)
๐Ÿ“ AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#PestaJualanBuahBuahanBermusim

Popular

Masak-masak Bersama ABO Episod 1

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO FAMA – Teaser episod 1

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

FamaTV Systems

Leave a Comment