๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐โ๐๐๐๐๐
๐ 5 Oktober 2026 (Isnin)
๐ Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
โฐ 10.00 pagi
FAMA berkesempatan mengadakan kunjungan hormat di Ibu Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Putrajaya. Delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, telah disambut oleh YBhg. Datoโ Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA.
Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua agensi untuk memperkukuh sinergi dan menyelaras perancangan strategik dalam aspek kesiapsiagaan menghadapi bencana. Perbincangan turut memberi penekanan kepada kelancaran rantaian pembekalan Bantuan Makanan Bencana Negara, termasuk Kit Makanan (KM) dan Makanan Retort (MRE), bagi memastikan bantuan dapat disediakan serta disalurkan dengan cekap apabila diperlukan.
Kerjasama yang telah terjalin antara FAMA dan NADMA turut menjadi asas penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan bekalan makanan, selaras dengan keperluan pengurusan bencana negara yang semakin dinamik.
Turut hadir mewakili NADMA ialah YBrs. Tuan Saiful Yazan bin Alwi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan YBrs. Tuan Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik serta barisan pegawai NADMA. FAMA pula diwakili oleh YBrs. Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Pasaran Produk Proses, bersama barisan pegawai FAMA.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dan NADMA untuk memperkukuh koordinasi antara agensi serta memastikan sistem penyampaian bantuan makanan bencana sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik demi kesejahteraan rakyat.
๐ค Kerjasama berterusan, satu komitmen โ bersama bersedia, bersama berbakti demi rakyat dan negara. ๐ฒ๐พ
โ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMAdiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#IntervensiFAMA
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

