FAMA TV
Berita

Majlis Pecah Tanah Pusat Pemprosesan Buah- Buahan FAMA dan Kembara Agropreneur Muda

Majlis Pecah Tanah Pusat Pemprosesan Buah- Buahan FAMA dan Kembara Agropreneur Muda dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Che Abdullah B. Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2 sambil disaksikan oleh Ybhg. Dato’ Samsuni B. Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah.
Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Haslina Bt. Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Hadir bersama YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA dan YBrs. En. Ribin Bin Wahid, Pengarah FAMA Negeri Sabah.
Inisiatif pihak kementerian menerusi FAMA membangunkan Pusat Pemprosesan Buah-Buahan dilihat sebagai satu langkah yang proaktif dalam mendokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan eskport negara.
Bukan itu sahaja, FAMA melakukan percubaan eksport buah tarap Ke Semenanjung Malaysia melalui udara dengan kerjasama POS Malaysia Berhad.
Selain itu, kerajaan melalui kementerian juga mewujudkan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan golongan muda menceburi sektor pertanian termasuk program Agroprenuer Muda.
Pada majlis ini, Kit Bantuan Makanan serta Geran Agroprenuer Muda diberikan bagi menggalakkan lagi golongan belia dalam menceburi bidang pertanian seterusnya akan dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment