FAMA TV
Promosi

Bahagian Pemasaran Industri Makanan (Agropreneur Muda dan MyAgrosis)

Bahagian PIM juga turut menyediakan program kepada usahawan muda dan pelajar IPT melalui program Agropreneur Muda dan MyAgrosis.
Agropreneur Muda merupakan program yang diwujudkan kepada golongan muda berpendapatan bulanan RM5,000 ke bawah dan berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.  Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh FAMA meliputi:
Geran bantuan peralatan bagi meningkatkan pengeluaran – skop IAT sahaja (maksima RM20,000) Kursus dan Latihan dalam bidang pemasaran

Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) merupakan program diwujudkan untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberikan pendedahan dan dorongan kepada mereka menceburi bidang keusahawanan pertanian dan agromakanan. Pendedahan dan minat ini dijelmakan melalui pelaksanaan projek-projek yang ditawarkan seperti berikut:
Agro NiagaMerangkumi bidang pertanian, peruncitan, pemprosesan, pemasaran dan industri asas tani. 
Agro LadangMerangkumi bidang penanaman, perikanan, penternakan, landskap dan florikultur. 
Agro InovasiMerangkumi bidang pertanian berasaskan kreatif tani, inovasi R&D, pelabelan, pembungkusan dan pembaharuan produk serta pemodenan mesin-mesin asas pertanian yang bersaiz kecil.

Popular

Pasar Tani

FamaTV Systems

Khasiat Buah-Buahan Tempatan

FamaTV Systems

Agro Bazaar Online

FamaTV Systems

Leave a Comment