FAMA TV
Uncategorized

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M telah berlangsung dengan penuh makna pada Jumaat, 27 Jun 2025 bertempat di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bermula jam 9.30 pagi.

Bertemakan “Membangun Ummah Madani”, majlis ini memberi ruang untuk seluruh umat Islam di negara ini memperkukuh tekad dan iltizam ke arah pembinaan masyarakat yang berakhlak, sejahtera dan progresif berteraskan nilai-nilai Islam.

FAMA turut berbangga apabila seramai 50 orang kakitangan telah berpeluang menyertai majlis penuh keberkatan ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap nilai spiritual serta perpaduan ummah yang dizahirkan melalui acara tahunan ini.

Mengetuai FAMA dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.

Turut hadir, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) dan YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan).

Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kepada transformasi diri, organisasi dan masyarakat menuju kehidupan yang lebih diberkati dan dirahmati.

“ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”

Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture
#maalhijrah
#maalhijrah1447h

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 & 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

FamaTV Systems

Perasmian Studio Fotografi FAMA Ibu Pejabat

FamaTV Systems

Sembang Petai Episode 2

FamaTV Systems

Leave a Comment