FAMA TV
Promosi

Bahagian Pemasaran Industri Makanan (Industri Asas Tani)

Bagi usahawan-usahawan Industri Asas Tani (IAT) atau sekarang ini dikenali sebagai usahawan Industri Makanan pula, Bahagian PIM memfokuskan kepada aktiviti khidmat nasihat dan bimbingan kepada pembangunan produk meliputi Kualiti dan Rekabentuk Pelabelan Produk Usahawan, Imej dan Pembungkusan serta Penjenamaan Agromas
 
Bagi Pembangunan Kualiti Dan Rekabentuk Produk Usahawan, Bahagian PIM menawarkan perkhidmatan analisa produk usahawan meliputi ujian makmal. Manakala bagi rekabentuk produk, FAMA menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan agar rekabentuk produk usahawan tersebut memenuhi piawaian. Bantuan adalah ditawarkan kepada usahawan Mikro meliputi usahawan Tahap 1 – 3 ( Nilai jualan tahunan antara RM50,000- RM300,000)Analisa produk dan Rekabentuk Pelabelan adalah penting bagi membolehkan produk tersebut mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Seterusnya bagi peningkatan Imej dan Pembungkusan Produk, Bahagian PIM turut menawarkan khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan agar memenuhi keperluan piawaian pembungkusan dan pelabelan serta mengikut kehendak pasaran. Ini bertujuan supaya produk tersebut mampu bersaing di pasaran dan sekaligus membantu meningkatkan jualan serta pendapatan usahawan. Bantuan ditawarkan kepada usahawan Kecil dan Sederhana meliputi usahawan Tahap 4 – 6 ( Nilai jualan tahunan antara melebihi RM300,000 – RM50 juta).

Penjenamaan Agromas pula memfokuskan kepada usahawan Tahap 4 hingga 6 yang mempunyai nilai jualan tahunan per SKU melebihi RM100,000. Produk yang melepasi Audit dan Perbekalan FAMA akan dijenamakan di bawah jenama Agromas dan dilantik sebagai vendor FAMA.
FAMA bertanggungjawab membangunkan dan mengedarkan produk usahawan tersebut.

Popular

Pasar Tani

FamaTV Systems

Khasiat Buah-Buahan Tempatan

FamaTV Systems

Agro Bazaar Online

FamaTV Systems

Leave a Comment