FAMA TV
Sana-sini

HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA FAMA

MAJLIS PELANCARAN DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA FAMA | 18 Mac 2021 (Khamis) | 9.30 Pagi | Ibu Pejabat FAMA

Selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSHMP 2020) dalam memberi tumpuan penerapan nilai budaya pencegahan (preventive culture) bagi memperkukuhkan lagi pembentukan “Budaya Kerja Sihat dan Selamat” di kalangan majikan dan pekerja, Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja FAMA dilancarkan.

Majlis Pelancaran Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja FAMA ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.

Hari Keselamatan Dan Kesihatan FAMA 2021 ini dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Fasiliti, Unit Psikologi & Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan kerjasama NGO-NGO FAMA seperti Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) dan PUSPANITA FAMA serta agensi terlibat iaitu Pusat Darah Darah Negara dan pihak National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).

Turut hadir YBrs. En.Mohd Anis bin Mohd Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) dan YBrs. En. Azhar bin Ahmad, Pakar Teknikal (NIOSH).

Popular

Promosi Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan, Melaka

FamaTV Systems

Kisah Kejayaan Usahawan FAMA

FamaTV Systems

Kisah Kejayaan Usahawan FAMA Pn Hidayah Sukri

FamaTV Systems

Leave a Comment