FAMA TV
Berita

Lawatan Kerja Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Elwal Pengguna ke Myfarm Outlet Putrajaya

Lawatan YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Elwal Pengguna Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 Ke Myfarm Outlet, Putrajaya

Myfarm Outlet, Putrajaya
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi , Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan lawatan ke Myfarm Outlet, Putrajaya bagi Penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.
Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Tujuan Penguatkuasaan ini sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang dijangka akan disambut pada 13 Mei 2021 di seluruh negara.
Pelaksanaan ini juga memberi mesej kepada pengeluar, pemborong dan peruncit.
Tarikh kuat kuasa Skim ini adalah dari 21 April 2021 hingga 20 Mei 2021. Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Hari Raya Puasa adalah selama 20 hari iaitu selama 22 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 7 hari selepas hari perayaan.
Turut hadir bersama adalah YBrs.Tuan Haji Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Operasi) dan pegawai-pegawai kanan Jabatan & Agensi.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ FAMA POINT

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑

FamaTV Systems

PROGRAM 2 TAHUN MADANI @ CONFERENCE HALL KLCC

FamaTV Systems

Leave a Comment