FAMA TV
Uncategorized

Montaj Semarak Ramadan 2023 FAMA

MAJLIS PELANCARAN JELAJAH SEMARAK RAMADAN FAMA 1444H / 2023M

10 Mac 2023 (Jumaat)
9.00 pagi
Dewan DZA, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA

Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA hari ini turut melancarkan Program Jelajah Semarak Ramadan FAMA 1444H/2023M di dalam Majlis Seuntai Kasih, Sekalung Budi bersempena persaraan beliau.

Pelancaran program jejalah ini turut di hadiri Timbalan – Timbalan Ketua Pengarah FAMA dan Ketua Pegawai Eksekutif FAMACO.

Objektif pelancaran program Jelajah Semarak Ramadan FAMA 1444H/2023M adalah

Mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat.

●Mengeratkan hubungan silaturahim di antara FAMA-Bank Rakyat dengan usahawan dan masyarakat setempat.

●Penambahbaikan untuk pengisian program pada bulan Ramadan sentiasa dipertingkatkan dengan penglibatan komitmen seluruh warga kerja FAMA-Bank Rakyat, Usahawan dan NGO.

●Memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat di lokasi terpilih.

#famadihatirakyat

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐅𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

Majlis Perasmian Pembukaan Outlet Kopiesatu Taman Sena Indah, Kangar, Perlis

FamaTV Systems

Lawatan Pengerusi FAMA ke Perlis

FamaTV Systems

Leave a Comment