ððððððððð ðððððð ðððððððð ððððð ðððððððð ððððð ððððð ðððððð ððððððððð ðððð ððððððððð ðð ð
ððð
ðïļ 19 November 2026 (Khamis)
ð Dewan Bunga Raya, Bangunan FAMA Point
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan hormat delegasi Badan Pimpinan Pusat Kamar Dagang Pengusaha Muda Indonesia (BPP KAPMI) yang diketuai oleh Muliansyah Abdurrahman, Pengerusi BPP KAPMI.
Kunjungan tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) dan Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan)serta barisan pengurusan kanan FAMA.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan serta meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam memperkukuh jaringan usahawan dan membuka ruang perdagangan bersama.
Delegasi BPP KAPMI turut disertai 40 orang usahawan muda Indonesia sempena penyertaan mereka dalam SDG Innovation Summit Malaysia 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 22 November 2026 di Kuala Lumpur.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperluas jaringan strategik antara kedua-dua negara, di samping membuka peluang kepada usahawan untuk meneroka potensi pasaran dan kerjasama dalam sektor agromakanan.
FAMA komited untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama antarabangsa serta memperluas peluang pasaran bagi meningkatkan daya saing usahawan agromakanan negara.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

