FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN MAKANAN (NAFEC) 2023

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN MAKANAN (NAFEC) 2023

8 Mac 2023(Rabu)
10.00 pagi
Dewan Rafflesia, Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan

Penganjuran Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2023 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan akan berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada hari ini dan akan menghimpunkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia.

NAFEC 2023 telah dirasmikan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merupakan edisi kali ke- 6 di mana penganjuran bersama oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan mengangkat tema β€œKeterjaminan Makanan untuk Masa Depan”.

Penganjuran NAFEC 2023 juga melibatkan kerjasama 15 penganjur bersama yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan universiti awam.

Fokus NAFEC 2023 akan membincangkan teknologi terkini, keperluan dan masalah industri pertanian dan makanan, berkongsi amalan baik pertanian dan makanan serta cadangan penambahbaikan undang-undang terutamanya untuk bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

#KPKMMalaysia
#famadihatirakyat
#pusatrujukan
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMADANI
#KeterjaminanMakananuntukMasaDepan

Popular

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ β€œπ„πƒπˆπ’πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆”

FamaTV Systems

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek/Program Pembangunan FAMA Negeri

FamaTV Systems

πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ π…π€πŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππ” 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

FamaTV Systems

Leave a Comment