FAMA TV
Berita

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐨𝐝 & 𝐃𝐫𝐢𝐧𝐤𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐲 𝐒𝐈𝐀𝐋

Pameran Food & Drinks Malaysia (FDM) oleh SIAL pertama yang dinanti-nantikan, iaitu pameran perdagangan utama untuk industri makanan dan minuman, telah dirasmikan dengan jayanya hari ini di MITEC (Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia). Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, YB Tuan Chan Foong Hin.
Pameran perdagangan sepanjang tiga hari ini menampilkan 450 jenama tempatan dan antarabangsa daripada 22 buah negara. Pameran ini bertujuan untuk menerokai peluang dalam sektor makanan dan minuman, makanan laut dan perikanan, teknologi makanan dengan ciri khas dalam protein alternatif serta rempah ratus dan perasa, dan juga makanan halal. FDM oleh SIAL juga menyediakan platform untuk para pelawat mengambil bahagian dalam inovasi dan trend makanan terkini, dan juga mendapatkan pandangan tentang rantaian nilai halal dan segmen yang berkaitan.
Salon International de l’alimentation Network, atau lebih dikenali dengan singkatan Perancisnya SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah Comexposium. Dengan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Perancis, Comexposium adalah salah satu penganjur acara terkemuka di seluruh dunia dan beroperasi di 30 buah negara, memiliki 67 jenama pameran, dan merupakan tuan rumah kepada lebih 3.5 juta pelawat dan 48,000 peserta pameran setiap tahun.
SIAL Network ialah pameran perdagangan yang diiktiraf di peringkat global yang mengkhusus dalam trend dan inovasi tentang makanan. Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1964, SIAL Network telah mengukir namanya sendiri sebagai ‘Pasaran Makanan Global’ — berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan dan memudahkan perniagaan dalam komuniti makanan antarabangsa.

Popular

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

FamaTV Systems

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

FamaTV Systems

Leave a Comment