FAMA TV
Uncategorized

Program Jualan Agro Madani (Tapak Parkir Bersebelahan Masjid) Rejimen Askar Melayu DiRaja P.Dickson

15 Julai 2023 | Sabtu | Program Jualan Agro Madani | (Tapak Parkir Bersebelahan Masjid) Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson | Port Dickson Negeri Sembilan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan Jualan Agro Madani (JAM) dengan fokus untuk memberi pilihan kepada golongan B40 di kawasan tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang berpatutan.

Program ini dihadiri oleh:
YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Pertahanan
• YBhg. Dato’ Haji Tun Hairudin bin Abu Bakar
Penaung Persatuan Veteran ATM Port Dickson
• YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA
• Kolonel Mohd Faizor Bin Ismail
Komandan PUSASDA
• YBrs. Encik Shahlan bin Kusaseh
Pengarah FAMA Negeri Sembilan

Istimewa JAM pada hari ini adalah jualan barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus seperti sayur sayuran, buah buahan, ayam, telur, ikan, minyak dan lain lain. Selain itu, terdapat juga promosi Kombo Bakul Madani Jualan Berpakej pada harga RM10 yang mengandungi ayam seekor dan 2 jenis sayur berdaun.

Program JAM yang diadakan di daerah Port Dickson pada hari ini, adalah merupakan Kerjasama Strategik FAMA Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sembilan. Program ini akan diperluaskan di 2 lagi lokasi kem di Negeri Sembilan iaitu di Kem Rasah, Seremban dan Kem Gemas, Tampin bertujuan bagi membantu warga ATM Negeri Sembilan mendapatkan barangan keperluan harian yang segar dengan harga berpatutan disamping mengurangkan kos sara hidup.

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMAdiHatiRakyat
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#IntervensiFAMA
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐄𝐇𝐎𝐔𝐒𝐄 (𝐅𝐃𝐖)

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐊𝐎𝐏𝐈𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 ☕

FamaTV Systems

Leave a Comment