FAMA TV
Berita

Perasmian Malaysia Fest 2023

27 Julai 2023 | Expo Malaysia Fest 2003 sasar jualan RM10 juta di Singapura
SINGAPURA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ( KPKM) mensasarkan jualan sebanyak RM10 juta menerusi Expo Malaysia Fest 2003 selama empat hari yang berlangsung di Singapura bermula hari ini.
Dengan jangkaan 120,000 pengunjung, Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin berkata, sesi padanan usahawan Malaysia bersama pengimport dari Singapura melibatkan 13 pemain industri akan diadakan sepanjang tempoh itu.
Edisi kali ini disertai oleh 278 syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan akan mempromosi dan memasarkan pelbagai produk keluaran tempatan.
Antara tarikan utama ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membawakan produk segar tempatan seperti petai, nangka, cempedak dan ulam-ulaman kampung.
‘Di samping itu produk istimewa dari Sarawak seperti buah kristal serta produk hiliran Jeruk Madu Pak Ali, keropok lekor Terengganu dan banyak lagi juga kami bawakan sepanjang expo kali ini.

Popular

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐕𝐈𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐄𝐗𝐏𝐎

FamaTV Systems

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPKM 2024

FamaTV Systems

Sesi libat urus SSPA kakitangan FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment