FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS PRA PELANCARAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2023

MAJLIS PRA PELANCARAN HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2023
19 Oktober 2023 (Khamis)
2.30 Petang
Concourse Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran HPPNK 2023.
HPPNK menjadi platform untuk peladang, penternak dan nelayan mengetengahkan hasil-hasil pertanian dan teknologi terkini serta membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dengan sektor pertanian.
Menarik pada edisi HPPNK 2023 ini akan mempunyai empat kluster utama iaitu Agro Millenia, Teknologi & Inovasi, Sejahtera Malaysia dan Agro Madani. FAMA mengetuai Kluster Agro Madani yang akan membawakan beberapa segmen utama iaitu:-
1. Jualan Agro Madani
2. Empayar Makanan
3. Industri Makanan Asas Tani
4. Florikultur dan Segar
Pada hari ini, turut diadakan adalah Pameran mini bagi setiap kluster utama bagi memberi gambaran awal pada HPPNK 2023 yang akan berlangsung secara rasmi pada 10 hingga 12 November 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Turut hadir dalam majlis tersebut YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#FAMA58Tahun
#intervensibpt
#IngatOrangBelakang
#BeliIkutKeperluan
#HPPNK2023

Popular

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

FamaTV Systems

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐏𝐂 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

FamaTV Systems

Lawatan YB Menteri Kewangan II ke Pasar Tani Kelana Jaya

FamaTV Systems

Leave a Comment