FAMA TV
Uncategorized

๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ก-๐๐ฎ๐š๐ก๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง @ ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ก-๐๐ฎ๐š๐ก๐š๐ง ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง @ ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

29 November 2023
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.

Program ini telah dihadiri oleh YB Senator Tan Sri Datoโ€™ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Datoโ€™ Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Menteri-menteri kabinet.

FAMA membawakan pameran komoditi raja buah iaitu durian berkenaan tatacara pengeksportan durian, produk sejuk beku dan proses berasaskan durian serta pengenalan klon-klon durian.

Program ini dapat memberikan gambaran secara jelas kepada ahli parlimen mengenai tugas dan peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui agensinya FAMA dalam memasarkan hasil pertanian khususnya buah durian ke pasaran dalam negara dan luar negara serta memberi pendedahan kepada ahli parlimen mengenai kepelbagaian varieti durian.

Selain itu, program seperti ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dan menarik minat rakyat Malaysia secara umumnya untuk menggunakan buah-buahan tempatan dalam diet seharian.

Anggota Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media yang berada di bangunan Parlimen turut sama hadir pada program ini.

Hadir sama YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan).

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#intervensibpt
#IngatOrangBelakang
#BeliIkutKeperluan

Popular

FAMA FEST 2024 @ KELANTAN – OFFICIAL VIDEO PROMOSI

FamaTV Systems

Bicarawara – Inspirasi 38 Tahun : Kisah Pemasaran Kacang Tanah hingga Kepimpinan Tertinggi FAMA

FamaTV Systems

Day 2 Road To MAHA 2024 Edisi Sabah (Pasar Tamu Telupid)

FamaTV Systems

Leave a Comment