FAMA TV
Uncategorized

Lawatan Ketua Pengarah FAMA Ke Negeri Johor

20 Januari 2024 (Sabtu),

Lawatan kerja dimulakan ke Pasar Tani Kekal Permas Jaya. Lawatan ini bagi memantau keadaan pasar tani serta meluangkan masa bersemuka bersama usahawan-usahawan di pasar tani tersebut.

Selain itu, turut diadakan Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Kekal Datin Halimah Johor Bahru yang memberi penawaran produk makanan asas utama seperti ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan, barangan runcit dan pelbagai makanan asas utama kepada para pengunjung.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyasarkan sebanyak 5,000 pelaksanaan Jualan Agro MADANI pada tahun ini. Melalui pelaksanaan ini dianggarkan melibatkan seramai 28,600 usahawan dan memanfaatkan 7.2 juta isi rumah dengan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta. Turut hadir YBrs. Encik Mohd Faizul Bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA.

Disamping itu, kunjungan diteruskan ke premis Syarikat Chin Sam Chiap Sdn Bhd yang terletak di Kulai yang merupakan salah satu usahawan eksport FAMA. Kunjungan ini membolehkan saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi eksport dan menjalin kerjasama yang lebih erat. Syarikat Chin Sam Chiap Sdn Bhd ini memiliki 34 cawangan di seluruh Johor Bahru. Mereka menyediakan pelbagai barangan runcit, buah-buahan segar dan sayur-sayuran segar. Ini menunjukkan betapa luasnya jaringan dan kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh syarikat ini.

“Integriti & Inklusiviti : Pemacu Kejayaan”

Jabatan Perdana Menteri
Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMadani
#KPKMMalaysia
#cukupdanterjamin
#AgroMADANI
#famadihatirakyat
#TeamKPKM
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Kunjungan Hormat YAS Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor 2024

FamaTV Systems

Bengkel Amalan Pemasaran Baik Regerative Agriculture Komoditi Soya Non-GMO Dalam Negara

FamaTV Systems

Leave a Comment