FAMA TV
Berita

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADAN MADANI 1445H PASAR TANI PERINGKAT KEBANGSAAN
9 Mac 2024 (Sabtu)
8.30 Pagi
Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Majlis Pelancaran Semarak Ramadan MADANI 1445H Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah dilancarkan oleh YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA.
Program Semarak Ramadan MADANI akan dianjurkan FAMA seluruh Malaysia mulai 8-11 Mac 2024. Sebanyak 149 lokasi Pasar Tani akan terlibat dan beroperasi sepanjang tarikh tersebut. Program ini dilaksanakan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat bekalan sebelum bermulanya bulan Ramadan pada 12 Mac 2024.
Aktiviti jualan tersebut akan diadakan sebelum menjelangnya Ramadan bagi memudahkan pengguna mendapat bekalan dan ianya adalah merupakan program jualan tahunan khas FAMA setiap kali menjelang Ramadan, produk yang dipasarkan nanti adalah merupakan barang keperluan musim perayaan seperti daging, ayam, sayur, ketupat, daun palas dan produk industri kecil sederhana seperti serunding serta kerepek.
YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA turut menyampaikan insentif kepada enam orang penerima yang meliputi Anugerah Usahawan Amat Setia Pasar Tani dan Cek Cura Naik Taraf Pasar Tani. Beliau juga beramah mesra dan membuat edaran bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran dari penyampai radio Suria FM seperti Dato Fizz Fairuz, Ajak Shiro dan Kai Hassan.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

Leave a Comment