FAMA TV
Berita

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

5 April 2024 (Jumaat)
Ibu Pejabat FAMA
Penganjuran Jualan Agro MADANI adalah penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan oleh KPKM menerusi FAMA, LPP dan LKIM diseluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah pada harga berpatutan kepada penguna melalui pengurangan lapisan perantara pasaran dengan penjimatan 10%-30% barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, minyak masak untuk barangan keperluan asas.
Kelainan pada edisi kali ini adalah jualan promosi bagi menyambut bulan Syawal seperti ayam, daging, juadah raya, biskut raya dan aneka kerepek. Terdapat juga jualan promosi pembelian kupon secara online menerusi Agrobazaar Online, Produk Agromas, Beras Putih Tempatan (BPT), Kombo MADANI dan banyak lagi.
Turut diadakan edaran Kit Bantuan Sumbangan Aidilfitri yang mengandungi BPT, telur, minyak dan lain-lain kepada kakitangan FAMA yang memerlukan.
Kelainan pada edisi kali ini adalah jualan promosi bagi menyambut bulan Syawal seperti ayam, daging, juadah raya, biskut raya dan aneka kerepek. Terdapat juga jualan promosi pembelian kupon secara online menerusi Agrobazaar Online, Produk Agromas, Beras Putih Tempatan (BPT), Kombo MADANI dan banyak lagi 2024 diserikan dengan kehadiran dari penyampai radio Suria FM seperti Cik Piah, Rara dan DJ Lin. Khas kepada pengunjung pada kali ini edaran bubur lambuk kepada pengunjung serta penampilan khas dari Yassin Senario.
Jualan Agro MADANI Edisi Pra Syawal Ibu Pejabat FAMA 2024 telah disempurnakan oleh YBrs.Encik Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Beliau juga telah membuat walkabout disekitar tapak program dan menyantuni peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung.
Turut hadir sama, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Abd Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) & Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

FamaTV Systems

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

FamaTV Systems

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

FamaTV Systems

Leave a Comment