3 Mac 2025
Dewan Bunga Raya,
Ibu Pejabat FAMA
FAMA Perkukuh Integriti Melalui Program Pengukuhan Governans, Integriti Dan Antirasuah (MPGIA) 2025
Pihak Pengurusan FAMA melalui Unit Integriti telah melaksanakan Program Pengukuhan Integriti berasaskan Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Tahun 2025 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Program ini selaras dengan dasar Kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek tatakelola baik serta merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 โ 2028, yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Mei 2024 di Putrajaya.
Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, dengan kehadiran YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Husin, Pengarah SPRM Kuala Lumpur. Sesi perkongsian taklimat turut disampaikan oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur kepada seramai 50 orang pegawai, termasuk barisan Pengurusan Tertinggi FAMA, Pengurusan Kanan, serta Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Antara perkara utama yang diperincikan dalam sesi taklimat adalah bentuk-bentuk kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, kesan buruk jenayah rasuah berdasarkan kes-kes sebenar, serta langkah-langkah pencegahan rasuah yang boleh dilaksanakan oleh setiap individu dan organisasi.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan Pengurusan FAMA dalam memperkukuhkan tatakelola organisasi dan integriti, khususnya dalam usaha membanteras rasuah dalam sektor awam. Kehadiran Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) turut menzahirkan sokongan penuh terhadap inisiatif ini.
Dengan adanya program seperti ini, FAMA terus berusaha memastikan integriti dan kejujuran menjadi asas utama dalam perkhidmatan, seiring dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture