19 Mac 2025 | Rabu | Ulu Slim
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1446H/2025M
Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1446H/2025M telah berlangsung dengan penuh makna di Agrobazaar Ulu Slim, membawa semangat kebersamaan dan keprihatinan kepada masyarakat setempat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, dengan kehadiran YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudirman, Timbalan Ketua Pengarah Sekuriti Makanan & Operasi FAMA, YBrs. Encik Mohd Sharizan Bin Mansor, Pengarah Bahagian Institusi Pasaran, YBrs. Encik Mohamad Fairul, Pegawai Jabatan Masyarakat Daerah Muallim, serta YBrs. Puan Azleena Binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak.
Sebagai sebahagian daripada program ini, Jualan Kombo Madani turut diadakan dengan harga istimewa RM10.00 sebakul, menarik perhatian ramai dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati edaran bubur lambuk serta agihan Kit Makanan kepada keluarga asnaf yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan, rombongan FAMA turut mengadakan lawatan ke rumah asnaf, salah seorang penerima bantuan, Puan Nor Lilhuda binti Abdullah di Kampung Sungai Muda, Slim Village. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang tidak bekerja dan tinggal bersama ibu kandungnya. Kehidupan mereka bergantung kepada pencen arwah suami serta bantuan bulanan daripada JKM.
Puan Nor Lilhuda juga perlu menanggung empat orang anak, di mana anak keduanya menghidap masalah jantung berlubang dan memerlukan rawatan bulanan di Hospital Serdang, yang dibiayai dengan bantuan JKM. Lawatan ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga memberi peluang kepada pihak FAMA untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan asnaf serta mencari jalan bagi membantu mereka dengan lebih efektif.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kebajikan di masa hadapan. Ramadan lebih bermakna apabila dikongsi bersama.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture