FAMA TV
Uncategorized

Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1446H/2025M @ Masjid Al-Falah, Rawang

25 Mac 2025 I Selasa l Masjid Al-Falah, Rawang

Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1446h/2025 @ Masjid Al-Falah, Rawang

Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan adalah sebuah inisiatif kerjasama antara FAMA, Bank Simpanan Nasional (BSN), Paynet, dan Nasyrul Quran. Program ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan dengan menyantuni masyarakat di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Program ini melibatkan lawatan ke 10 masjid serta rumah anak yatim di seluruh daerah di Negeri Selangor dan Wilah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan aktiviti-aktiviti berikut:

✅Pembahagian sumbangan berbentuk barangan keperluan asas dan produk-produk tempatan untuk disumbangkan kepada asnaf yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal, dan warga emas.
✅Edaran bubur lambuk jugak turut di buat khas buat warga setempat di setiap masjid dan rumah anak yatim.
✅Pihak Nasyrul Quran juga sangat berbesar hati untuk mewakafkan beberapa naskah Al-Quran di setiap masjid dan rumah anak yatim bagi menggalakkan pembacaan dan pengajaran Al-Quran.
✅Jualan promosi barangan segar di Agrobazaar Kedai Rakyat

Program ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan antara masyarakat, badan-badan korporat, dan pihak kerajaan dalam usaha menyokong keberkatan bulan Ramadan. Sebagai kerjasama antara pelbagai pihak, ia menunjukkan komitmen dalam menggalakkan budaya memberi dan berkongsi dengan yang memerlukan sepanjang bulan penuh rahmat ini.

Hadir menyampaikan sumbangan kepada asnaf adalah Ybrs. En. Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan Ybrs Tn. Hj. Isa bin Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, WPKL & Putrajaya

“𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 : 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡”

#famadihatirakyat
#famaselangor
#kitaselangor
#MalaysiaMADANI
#cukupdanterjamin
#JelajahSentuhanKasihRamadan

Hj IsaCo Hj HamzahMovic
Siti Mariam Abd Ghani
Mohd Zaidi Ahmad

Popular

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 & 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐄𝐇𝐎𝐔𝐒𝐄 (𝐅𝐃𝐖)

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐊𝐎𝐏𝐈𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 ☕

FamaTV Systems

Leave a Comment